Diagram Pohon Jati

Sumber:custommebel.com

Jadi,Apa yang Membuat Harga Perabot Jati Sangat Bervariasi?

Semua orang tahu bahawa kayu jati adalah primadona di industri mebel (mae-bael)atau perabot. Jika Anda sudah membaca artikel Saya tentang perbandingan jenis-jenis kayu ,mungkin  ada lebih tahu perbezaan kayu jati dan kayu jenis lainnya. Boleh juga dikatakan kayu jati sangat sempurna, sangat awet, dan sangat kuat sehingga tahan terhadap perubahan cuaca ekstrim di negara 4 musim dan kebal terhadap serangan serangga apapun. Akan tetapi pernahkah Anda benar-benar mengetahui bahawa tidak semua kayu jati itu berkualiti?

Kualiti kayu jati diklasifikasikan kepada kelas/grade, iaitu gred A, gred B, dan gred C. Kayu Jati Grade A lebih mahal dari Kayu Jati Grade B, dan Kayu Jati Grade B lebih mahal dari Kayu Jati Grade C. Inilah penyebab utama adanya variasi harga mebel/perabot kayu jati di berbagai Gedung-gedung perabot di Indonesia dan Malaysia.

 

Kayu Jati Grade A

Kayu Jati Gred A adalah kayu jati dengan kualiti terbaik. Kayu jati ini berasal dari bahagian tengah atau jantung pohon jati (heartwood) dengan umur pohon sekitar  40 tahun.Kayu Gred A dapat dilihat dari seratnya yang lurus dan selaras, warnanya yang seragam, seratnya sangat rapat, dan terasa agak licin berminyak saat dipegang permukaan kayunya. Minyak inilah yang memberikan kayu jati ketahanan yang sangat hebat sehingga boleh menahan melawan cuaca ekstrim (biasanya di negara 4 musim) dan serangan serangga termasuk bubuk kayu dan anai-anai.Tetapi bahagian ini hanya sekitar 25% dari keseluruhan batang kayu, dan ini yang membuatnya menjadi sangat mahal.

 

Kayu Jati Gred B

Kayu Jati Gred B berasal dari bahagian paling luar dari jantung pohon jati (heartwood), bahagian ini meliputi 25% – 30% dari keseluruhan batang pohon. Jika dibandungkan dengan kayu jati Gred A,kayu jati grade B memiliki warna yang sedikit lebih terang, serat yang kurang teratur, dan kurang berkilat, karena kandungan minyaknya pun lebih sedikit jika dibandingkan kayu jati grade A. Butiran serat kayunya pun tidak serapat kayu grade A, tetapi kayu grade B masih baik untuk digunakan sebagai bahan asas perabot.

 

Kayu Jati Grade C

Kualiti Kayu Jati Gred C boleh dikelaskan sebagai kualiti paling rendah. Kayu jati ini berasal dari bahagian paling luar  batang pohon jati (sapwood) dan juga dari pohon jati yang muda. Bahagian ini mengambil sekitar 40% dari seluruh bahagian batang pohon jati. Kayu Jati Grade C tidak memiliki minyak semulajadi yang mampu melindungi kayu, warnanya putih, dan biasanya dipenuhi oleh goresan atau coretan kayu. Walaupun berasal dari pohon jati yang sama, grade C ini tidak memiliki kualiti atau ketahanan yang sama dengan kayu Gred A. Biasanya kayu Gred C ini harganya jauh dibawah harga Gred B dan Gred A, bagi Anda yang mempunyai budget minimum, mungkin ini pilihan yang tepat.